Feeds:
Posts
Comments

New Blog

blog baru lagi??tidak sama sekali…ni cuma pindah ke alamat baru jer…dah dapat domain sendiri..silalah lawat laman web baru aku yer…nama blog baru ni,rahang terkatup rapat…kiranya versi bahasa malaysia lar,jaws wired shut..lebih kurang…setakat ni,hanya blog jer yg disiapkan…homepage nanti2 la dulu…perit juga nak buat memandangkan keadaan internet yg tidak mengizinkan..apa2pun,alhamdullilah,dah berjaya…

http://hakimalias.com/blog

Seharian di LR8

letih juga yer menunggu..hari ni ade event Debate interschool sempena HSE week..aku ke sana kul 8,selepas menghantar kakak ku ke blok b..start breakfast,dlm kul 9,dan selepas tu hanya menunggu utk lunch..jika ada kerja yg memerlukan pergi ke tempat lain,aku derah menawarkan diri..bosan menunggu…ke v1 utk air lunch,ke v5 utk nasi ayam lunch…lepas lunch,menunggu lagi..dalam kul 6 baru event abis…tea break dan bersurai..fuh..memang lama la..letih dan mengantuk..banyak habiskan masa berbual kosong sesama FnB dan memampuskan orang lain…

malam ni plak kena bangun awal,ada fire drill,aku jadi head count tuk v4c..arap2 la bangun…yg lain,bangun la kalo alarm dah berbunyi…This is a DRILL…lepas 3minit,consider terbakar..

maafkan segala kesalahanku..jika gurauku mengguris jiwa..sesungguhnya aku insan lemah,tanpa pangkat,tanpa nama,dan tanpa harta..halalkan makan minum ku,dan jika terambil hartamu..aku bermohon supaya dilupakan segala yg buruk ttgku,dan ingatlah aku selalu berdasarkan budi ku,dan bukan dosaku..sekian sahaja sahabat..ikhlas dari jiwa hakim alias..

sudah ter”iklan” di status gtalk…

Surat panas


hoho…surat bantahan penduduk sekitar ttg FESCO..amatlah kontroversi…sampaikan rakan masjid pun dikutuk..

hari ni 14 haribulan…ada apa 14 haribulan??mestilah event HSE week,bukit keledang climbathon..

Friday the 13th

hari ni hari jumaat,13 haribulan..atau dalam bahasa orang putehnya,friday the 13th..sebenarnya xde ape pun nak dikatakan..cuma mahu post sesuatu pada hari ni..hehehe…
xsabar nak tgk friday the 13th yg baru..

Teluk Senangin

minggu yg sangat sibuk…bermula dengan trip ke Teluk Senangin..entah betul tidak namanya dan entah dimana letaknya,yg aku tahu,lebih kurang 1jam perjalanan dari UTP dan melalui ladang2 kelapa sawit..tujuannya aku pun kurang pasti,sesuatu yg berkaitan dgn PE club..PE club,aku sudah tawar hati,meeting hari tu pun xde orang ajak aku pergi,tapi mase nak guna kereta aku,berbaik seperti akulah orang yg terpenting,terhormat…manusia,amatlah hipokrit dan menyenkit..tapi aku tetap pergi atas ajakan che pin yg bersungguh2 ..aku diamkan ketidakpuasan hatiku..pergi kesana dalam pukul 5 dan pulang pukul 11 malam..lama,memang lama..agenda hanya makan,tapi ambil masa beberapa jam atas sebab tunggu orang ni,dan tunggu orang tu..makanan hanya ditahap average,tiada apa yg spesial yg menggamit hati..duit sudah dibayar,mulut tetap disuap..aku ambil keputusan berundur diri lebih awal kerana masa yg sudah lewat,dan chepin nampaknya tidak beberapa sihat..ku tinggalkan matyo dan bertolak kembali ke UTP..

kembali semula

kembali ke UTP,duduk di perkampungan baru,kampung 3,ground floor…kebanyakan kes kecurian berlaku di kampung2 baru…agak risau juga,lain la macam duk di kampung 1,pergi makan pun xberkunci,laptop trdedah jer…duk di sini xtau lar…

moto aku dah dapat kembali dari piang…aku bagi piang pegang sbb nak elak moto aku kena curi part2 dia macam sem lepas,abis duit jer nak menggantikannya..hari ni baru ku sedar,moto ku rosak serba sedikit atas sebb piang dan rakannya terjatuh..rim belok,brek rase lain,tempat brek kaki dan tangn belok…arap2 mereka yg bertanggungjawab pandai2 la baikinyer…

panasnya cuaca di sini..berlainan ngan duk kat rumah..sentiasa sejuk dan nyaman atas kerana hujan…

sekian sahaja random post dari aku..bye2…

Selamat tahun baru 2009

hari baru,tahun baru

hari baru,tahun baru

ayuh semua,biarlah tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya….

Ini bukan rawak

ingat lagi masa berjalan menyusuri koridor semasa hujan…sejuk dan basah…aku gembira,tenang dan damai rasanya…

angin laut bertiup tenang selepas solat zohor,duduk sendirian di tepi padang..aku gembira,tenang dan damai rasanya…

terbaring termenung sendiri tanpa rasa resah gelisah..aku gembira,tenang dan damai rasanya…

duduk bersila bertukar jenaka dengan rakan2,tertawa tanpa rase segan..aku gembira,tenang dan damai rasanya…

hujan yang nyaman,hari yang gelap dan sunyi…

kini,semua itu hilang…tiada lagi gembira,tenang,dan damai..kini ku sedar,kerana aku sudah dewasa..

hidup sentiasa risau apa yg telah dan akan berlaku semalam,hari ini dan esok..kerana aku sudah dewasa…

tiada lagi keriangan semasa kecil..kerana aku sudah dewasa…

tanggungjawab sebagai pelajar semakin berat..kerana aku sudah dewasa…

Older Posts »