Sickest Movies

sukakan torture film seperti saw dan hostel?disturbing and sick film?this is the top 3 sickest movies that ive ever seen…..

3.Men behind the sun..

Mengisahkan sekumpulan saintis jepun yg mengusahakan senjata biologi masa perang dunia ke 2.based on true story.banyak eksperimen yg betul2 disturbing contohnya seorang budak dibedah dan dikeluarkan organ mase dia masih hidup.sama cam bedah katak mase sekolah dulu la,keluarkan jantung yg masih berdegup,hati,perut..macam real..scene yg xleh lupa mase sorang perempuan diikat kat tempat sejuk,pastu dicurahkan air kat tangan sampai beku utk test efek frostbite..lepas tu tangan tu dicelup kat dalam air panas sampai kulit,daging tercabut sampai tinggal tulang jer..tak tau la betul2 buleh berlaku ke x.yg kontroversi ialah scene seekor kucing di masukkan kat dlm bilik yg penuh ngan tikus2 lapar,pastu torn to pieces.kucing betul ke x,aku pun xtau,tapi nampak cam real.tikus tu pun xselamat jugak,last2 tikus tu dibakar..boleh tahan keganasan dalam filem ni..tapi aku boleh tahan lagi tuk tengok sampai akhir…

2.Guinea Pig: Flower of Flesh and Blood

Filem jepun,40 minit jer..tapi kenapa boleh disturbing dan sickening sampai dapat no.2?cerita ni simple je,sorang lelaki xberapa betul culik perempuan pastu potong perempuan tu satu per satu.lepas tgk filem ni,memang mengejutkan.scene potong memotong dibuat dengan real sampaikan seorang aktor amerika hantar salinan filem ni ke FBI tuk pengesahan sebab ingat filem ni real,snuff film.tapi lepas penyiasatan,terbukti yg movie ni hanya lakonan dan dibuat dengan baik..anggota badan memang nampak cam real,darah pun sama..memang aku sendiri pun xtahan..lepas 5minit,terus tutup..

1.cannibal holocaust..

diban di banyak negara termasuk negara asal itali,filem ni menimbulkan banyak kontoversi.filem ni berkisar ttg rakaman sekumpulan researcher yg mendokumenkan perjalanan mereka di hutan di south america.lebih kurang macam blair witch,REC,dan cloverfield la.adegan dalam filem ni dibuat dengan baik,terlalu baik sehingga dipercayai filem ni snuff film.(A snuff film, or snuff movie, depicts the actual killing of a human being (without the aid of special effects or other trickery) perpetrated for the medium of film for the purpose of entertainment and distribution.)antara scence yg ada dlm filem ni,rape, dismemberment, torture, real animal death, and, of course, cannibalism.pelakon2 filem ni terpaksa keluar kat talk show utk membuktikan mereka masih hidup.pengarah pulak keluar masuk mahkamah tuk buktikan semua tu hanya lakonan,gambar pelakon yg masih hidup selepas rakaman ditunjuk dan cara scene tu dibuat diterangkan secara terperinci.tapi haiwan memang betul2 dibunuh dalam filem ni,monyet,penyu,mengakitbakan kemarahan pencinta haiwan dan punca filem ni diban di itali.sesiapa yg xtahan tengok saw atau hostel,skip je filem ni,sebab 10 kali lagi teruk dan disturbing..

penutup

aku yakin banyak lagi filem yg lebih disturbing dari nih,contohnya august underground’s mordum.tapi disebabkan xleh tahan,aku skip je movie tuh..kalo cter hills have eyes pun anda xtahan nak tgk,lupakan je nak tgk filem2 yg aku sebut kat atas..

Say your words